PROGRAM RAHMAH X AL AQSA CARPETS

VINYL FLOORING RAHMAH BY AL AQSA CARPETS

Vinyl Flooring kini merupakan salah satu pilihan lantai popular di Malaysia selain SPC Click Flooring dan Laminated Flooring. Ini mungkin disebabkan oleh reka bentuknyang meniru kemasan lantai kayu, memberikan kawasan yang dipasang vinil kelihatan lebih minimalis dan ‘simple’, tapi dengan kos yang lebih murah. Di samping itu, ia juga semakin popular sejak kebelakangan ini kerana kelebihan yang dimiliki  seperti ketahanan yang tinggi, pemasangan yang mudah, kos penyelenggaraan yang rendah dan kalis air, ciri penting untuk kediaman yang terjejas banjir di Malaysia. Oleh kerana vinyl flooring diperbuat daripada 100% PVC, ia kalis air, dan tidak akan menyerap sebarang air atau rosak jika ditenggelami dalam air untuk jangka masa yang lama. Bagi mereka yang ingin membeli vinyl flooring untuk kegunaan kediaman mereka, anda adalah bertuah!

Al Aqsa Carpets kini mengadakan promosi istimewa untuk penggemar vinyl flooring! Kami akhirnya mengambil bahagian dengan menyertai trend ‘RAHMAH’, dan menawarkan pelanggan dengan pakej istimewa untuk produk vinyl flooring kami, iaitu Siri RT, Siri UT, Siri WT dan Siri AQST (berkod). Beberapa fakta tentang mengenai produk vinyl flooring adalah:

  1. SIRI RT
      1. Ketebalan – 2mm
      2. Saiz kepingan – 6inci x 36inci
      3. 24 kepingan / 36kps rangkuman perkotak
  2. SIRI UT
      1. Ketebalan – 3mm
      2. Saiz kepingan – 9inci x 48inci
      3. 12 kepingan / 36kps rangkuman perkotak

3. SIRI WT

      1. Ketebalan – 3mm-3.5mm
      2. Saiz kepingan – 9inci x 48inci
      3. 12 kepingan / 36kps rangkuman perkotak

4. SIRI AQST

      1. Ketebalan – 2.7mm-3mm
      2. Saiz kepingan – 8inci x 39inci
      3. 16 kepingan / 36kps rangkuman perkotak

Kami menawarkan pakej vinyl flooring RAHMAH kami mengikut jenis ruangan, iaitu berdasarkan bilik tidur Normal (100 kaki persegi), Bilik Tidur Utama (144 kaki persegi), Dapur (180 kaki persegi), Ruang Tamu (200 kaki persegi), dan Stor (80 kaki persegi). Sebagai penafian, keluasan yang kami gunakan untuk mewakili kawasan adalah berdasarkan saiz purata yang sering ditanya oleh pelanggan kami. Setiap pakej RAHMAH vinyl flooring kami disertakan dengan gam juga. Jadi, anda hanya tinggal untuk membeli dan memasangnya di rumah anda!

Seperti yang anda lihat di atas, ini hanyalah beberapa pakej yang kami paparkan, manakala yang lain boleh didapati dengan mengklik nama produk! Pakej vinyl flooring  RAHMAH kami didatangkan dengan 3 jenis gam berbeza seperti Double-Sided Tape Aqsa, Gam Vinyl Aqsa Greenbond dan Gam Kalis Air Aqsa. Setiap gam mempunyai keistimewaan dan kegunaannya mengikut jenis subfloor dan ruangan. Berikut ialah penjelasan untuk anda jika anda tidak memahami kesesuaian pilihan gam::

  1. Aqsa Double-Sided Tape –
      • Tidak seperti tape lain yang boleh dibeli di luar, Double-sided tape kami adalah di ‘RnD’ kan (diselidik dan dibangunkan) oleh kami sendiri dengan bahan khas jaringan dawai untuk meningkatkan ketahanan dan kelekatannya. Ia sangat sesuai untuk ruangan sementara (rumah sewa misalnya). Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk penggantian gam, dalam kes penanggalan kepingan dari subfloor. Ia tidak meninggalkan sisa pelekat..
  2. Aqsa Gam Vinyl Greenbond  –
      • Ini ialah gam vinyl flooring keluaran standard, sesuai untuk kebanyakan kawasan dan keadaan subfloor kecuali subfloor dengan masalah kelembapan. Ia tidak kalis air dan akan kehilangan kekuatan lekatan dari semasa ke semasa. Ia boleh meliputi kawasan yang luas dan menjimatkan kos tetapi kelemahannya ialah, jika lantai bawah anda adalah marmar atau jubin yang anda sayang, jangan gunakan gam ini kerana ia akan meninggalkan sisa yang mengambil masa untuk dibersihkan.
  3. Aqsa Gam Vinyl Kalis Air
      • Walaupun vinyl flooring secara amnya kalis terhadap air, kebanyakan gamnya tidak; maka kami bekalkan gam tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan. Gam biasa seperti Gam Aqsa Greenbond kami boleh larut apabila terdedah kepada air untuk jangka masa yang lama, jadi kami menyarankan mereka yang kawasannya lembap (lantai atau subfloor kelihatan agak basah) dan mereka yang ingin menggunakan vinyl flooring dalam bilik mandi atau tandas untuk menggunakan gam ini.

Semoga penjelasan mengenai gam ini dapat membantu anda memahami bahawa setiap kawasan mempunyai syarat dan ‘terma’ tersendiri yang perlu dipatuhi sebelum menggunakan sebarang gam dengan vinyl flooring. Oleh yang demikian, kami juga sangat menggalakkan anda untuk mengenali kawasan atau ruang anda sebelum membeli sebarang produk lantai (flooring).

Aduh! Hampir terlupa, bahawa kami juga menawarkan perkhidmatan pemasangan Aqsa RAHMAH selain daripada pakej bekal atau pasang sendiri. Pada masa ini, kami mempunyai dua pakej yang ditawarkan; yang pertama ialah vinyl flooring Siri RT dengan harga RM3,100.00 sahaja, dan yang kedua ialah vinyl flooring Siri UT dengan harga RM3,800.00 sahaja. Pakej pemasangan ini boleh meliputi kawasan seluas 800 kaki persegi, dengan semua caj termasuk seperti caj buruh, pengangkutan, produk dan gam, dengan percuma reducer dua keping dari pihak kami! Pakej perkhidmatan pemasangan Aqsa RAHMAH ini adalah promo istimewa yang kami tawarkan kepada pelanggan yang menetap berhampiran kami atau mereka yang menetap di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk imej yang kami lampirkan di bawah, atau hubungi kami melalui butiran yang disediakan di hujung perenggan ini.

Untuk harga dan butiran lanjut, boleh terus rujuk gambar pakej RAHMAH lantai vinyl kami yang dilampirkan. Jangan risau, jika anda menghadapi masalah memahami apa-apa, boleh hubungi kami di sini atau melalui pelbagai kaedah yang telah kami senaraikan di bawah. Walau bagaimanapun, kami berharap anda boleh menyediakan beberapa butiran ini supaya kami dapat membantu dengan mudah dan mengenal pasti produk dan item yang sesuai untuk kawasan dan ruang anda dengan mudah.

MAKLUMAT PENTING YANG DIPERLUKAN:

  • Ukuran saiz ruangan dalam apa-apa unit ukuran
    • Boleh dalam kaki persegi, meter persegi, centimeter persegi, milimeter persegi, atau inci persegi
  • Jenis Ruangan
    • Contohnya, bilik tidur, bilik master, bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik air atau tandas
  • Jenis Subfloor (lantai asal)
    • Contohnya plywood, simen, konkrit, parket, mozek, jubin atau lain-lain
  • Keadaan Subfloor (lantai asal)
    • contohnya ada kelembapan, ketidakrataan, berlubang, alunan, atau kasar
  • Objek Kekal (Tak boleh dialihkan)
    • Contohnya almari dipasang pada dinding, countertop, kitchen island, meja, katil

 

CARA BERHUBUNGAN

  1. Melalui Whatsapp
  2. No. tel pejabat – 03-5167 4453
  3. E-mel – customercare@alaqsacarpets.com
1