Tentang Kami

Laman Utama
TENTANG KAMI

Ditubuhkan sejak lebih 40 tahun

Ditubuhkan sejak lebih 40 tahun, pada awalnya menjual produk tekstil dan karpet atas nama AKH Interior & Renovation. Terus berkembang dan mengorak langkah menjadi pembekal dan pemasang karpet untuk semenanjung Malaysia. Transformasi berterusan menjadi pengilang dan pengimport segala jenis karpet, lantai vinyl dan pelengkapan lantai. Misi kami adalah untuk menjadi salah satu pusat sehenti untuk karpet dan pengubahsuaian pejabat terbaik di Malaysia. Al Aqsa Carpets merupakan salah satu syarikat yang mempunyai rewiew rating tertinggi di Malaysia. Kini, dengan wajah dan nama baru, Al Aqsa Carpets, mendominasi karpet untuk kediaman dan pejabat di seluruh Malaysia. Dengan slogan ‘Produk berkualiti dengan harga kilang’ kami menyediakan pelbagai jenis produk dengan harga yang rendah, terus dari kilang. Dipimpin dua ketua dari latar belakang berbeza, dari jurutera sivil dan Islamic Theology and Islamic Design Dengan gabungan kepakaran ini kami di Al Aqsa Carpets mementingkan semua kualiti produk yang dijual, selain menjalankan urusniaga berlandaskan polisi Islamik. Al Aqsa Carpets mempunyai pelbagai jenis produk dari tikar getah, lantai vinyl, karpet tiles, karpet pejabat, karpet masjid sehinggalah lebih 1001 jenis permaidani khusus untuk anda miliki. Kami mementingkan kualiti dan servis untuk semua lapisan masyarakat. Misi dan visi kami adalah mahu memberi keselesaan dan kemewahan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa perlu belanja lebih! Harga yang kami tawarkan adalah terendah dan termurah di pasaran. Anda pasti berpuas hati dengan servis dan kualiti dari Al Aqsa Carpets.

KENAPA MEMILIH KAMI

Harga Mampu Milik

'Barang berkualiti dengan harga kilang' adalah tagline yang digunakan oleh Al Aqsa Carpets. Kami menawarkan harga kilang dan mampu milik untuk pelanggan Al Aqsa Carpets. Setiap harga yang ditawarkan adalah mengikut bajet pelanggan yang datang kepada kami. Harga di Al Aqsa Carpets adalah berpatutan kerana Al Aqsa Carpets mempunyai kerjasama dengan kilang-kilang pengeluar di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia, malah di USA, Eropah, Korea, Jepun dan lain-lain.

Jaminan Kualiti Produk

Al Aqsa Carpets ialah organisasi yang sangat menitikberatkan kualiti setiap produk yang dihasilkan atau dijual di cawangan kami. Jadi, jika kualiti barangan tidak menepati standard, kami tidak akan menjualnya kepada pelanggan kami. Keselesaan & kepuasan anda adalah tanggungjawab kami. Semua produk yang dikeluarkan di Al Aqsa Carpets dihasilkan terus dari kilang dan dihantar ke cawangan kami dan terus kepada anda. Jadi semua produk mempunyai jaminan kualiti yang tinggi untuk pelanggan kami.

Kepuasan Pelanggan

Kepuasan pelanggan adalah kunci kejayaan sesebuah organisasi. Di Al Aqsa Carpets, kepuasan pelanggan adalah fokus utama kami. Kami sangat menitikberatkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kepuasan setiap pelanggan yang membeli di Al Aqsa Carpets. Setiap gambar yang dipaparkan adalah 85% secara visualnya sama dengan produk asal yang dijual di showroom. Untuk rasa yang lebih memuaskan, boleh terus datang ke showroom kami untuk melihat kualiti produk yang ingin dibeli. Ini disebabkan kepuasan dengan melihat gambar adalah tidak sama seperti merasai dan melihat produk dengan mata sendiri.

Kepelbagaian Produk

Di Al Aqsa Carpets, terdapat pelbagai jenis produk untuk kegunaan kediaman dan ruang pejabat untuk anda temui di sini. Kami bukan sahaja mempunyai tikar getah dan vinyl flooring, jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan SPC Flooring untuk kediaman rumah anda. Di sini anda juga boleh mendapatkan pokok tiruan, bantal, pad sofa dan permaidani. Dengan pilihan produk yang pelbagai, ianya sangat berbaloi kerana semuanya ada di Al Aqsa Carpets.