Lokasi

Laman Utama
PUSAT PENGHABISAN STOK AL AQSA

AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET

Cawangan terbaru Al Aqsa Carpets, terletak tidak jauh dari Taman Keriangan, I-City Shah Alam untuk bertujuan meningkatkan kemudahan membeli-belah kepada penduduk tempatan dan disekitarnya. Pada sudut yang lebih positif, dengan adanya Factory Outlet Store ini akan memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza tanpa melebihi bajet belanjawan mereka.

Al Aqsa Carpets Factory Outlet ialah gudang terbesar pertama di Malaysia yang mempromosikan produk-produk untuk kediaman, bangunan pejabat atau hotel yang ada di Malaysia. Tidak lupa juga untuk produk yang direka sendiri oleh staff yang berpengalaman untuk masjid dan surau seluruh Malaysia. Gudang yang berkonsepkan butik pameran untuk anda datang dan lihat sendiri produk yang ada di Al Aqsa Carpet Factory Outlet.

Dengan keluasan sebesar 21,600 kaki per segi, Al Aqsa Carpets Factory Outlet menyediakan dari sekecil-kecil produk hingga ke produk yang besar seperti tikar getah, rugs, mink, permaidani, karpet tiles, karpet event, karpet pejabat, karpet masjid dan juga karpet premium.

Selain itu, kami juga menyediakan servis dan pemasangan untuk karpet masjid, karpet pejabat, karpet premium dan juga lantai vinyl. Anda boleh pilih rekaan, warna dan jenis karpet yang anda minat dan kami akan buat untuk anda. Pemasangan produk untuk kediaman atau bangunan pejabat, kami lebih sarankan anda untuk terus ke Factory Outlet dahulu untuk rasa sendiri kualiti produk sebelum pembelian. Ini kerana kami sentiasa menekankan keselesaan pelanggan dan kepuasan hati pelanggan sebelum mereka membeli di Al Aqsa Carpets.

Pelbagai jenis permaidani dan rugs yang anda boleh pilih di Al Aqsa Carpets Factory Outlet. Kami menawarkan anda pelbagai jenis permaidani dan rugs untuk pilihan anda! Terdapat promosi BELI 1 PERCUMA 1 jika anda membuat pembelian dari Pusat Penghabisan Stok sekarang! Permaidani dan rugs yang dijual di sini adalah buatan daripada pelbagai negara yang popular seperti Belgium Turkey dan lain-lain. Kami juga mempunyai karpet-karpet premium dengan corak klasik dan moden untuk pilihan ruangan terbaik anda!