KENALI AL AQSA CARPETS

Mungkin ramai yang dah mula mengenali Al Aqsa Carpets sebagai satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang bekalan dan pemasangan produk lantai untuk ruangan rumah, ruangan pejabat mahupun ruangan komersial. Dari produk seperti tikar getah, vinyl flooring, spc flooring, dan rumput tiruan, ke karpet pejabat gulung dan karpet tile, hinggalah ke karpet masjid dan permaidani turki; Al Aqsa Carpets ada segalanya untuk anda yang ingin mengubahsuai ruangan agar impian dan citarasa anda dapat direalisasikan menjadi kenyataan. Pada mereka yang baru ingin mula mengenali Al Aqsa Carpets, disinilah tempat anda patut mulakan sesi ‘ice breaking’ supaya anda lebih tahu dan seterusnya percaya mengapa kami adalah antara; jika bukan yang terbaik; bagi syarikat bekalan dan pemasangan produk lantai di Malaysia. Jom baca 13 perkara yang menjadikan kami antara syarikat bekal dan pasang terbaik di Malaysia.

13 PERKARA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU MENGENAI AL AQSA CARPETS

ONE- STOP RENOVATION CENTRE; PEMBEKAL DAN PEMASANG PRODUK LANTAI DENGAN TELITI

 

Antara sebab utama Al Aqsa Carpets terkenal adalah kerana kemasan dan penelitian yang tinggi dari para kakitangan kami; dari mula anda berurusan, hinggalah selepas selesai pemasangan. Kami di Al Aqsa Carpets sangat mementingkan kualiti khidmat servis yang kami tawarkan kepada setiap satu pelanggan yang berhubungan dengan kami, sama ada secara bersemuka, secara panggilan telefon, atau menerusi atas talian sekalipun seperti ‘livechat’ laman sesawang, laman e-dagang seperti shopee atau Lazada, ataupun dari media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok atau YouTube.

PEMILIK 100% MUSLIM; MEMENTINGKAN PERNIAGAAN YANG BARAKAH, AMANAH, SUCI DAN HALAL

Antara soalan yang sering ditanya oleh para pelanggan kami dan dari carian google secara atas talian, ramai yang ingin tahu tentang siapa pemilik syarikat Al Aqsa Carpets ini. Jangan risau, kerana pemilik syarikat kami adalah 100% Muslim; berlatarbelakangkan kejuruteraan awam dan berlatarbelakangkan Teologi Islam & Reka Bentuk Islam. Moga-moga ia dapat menjawab persoalan anda!

KAKITANGAN MESRA, BERPENGALAMAN DAN BERPENGETAHUAN MENGENAI PRODUK DAN ANGGARAN

 

Kepada mereka yang pernah berurusan dengan kakitangan Al Aqsa Carpets, pasti mengetahui perkara ini. Kami sangat-sangat menitikberatkan servis yang kami tawarkan, jadi kami telah melatih kakitangan kami satu ‘SOP’ atau prosedur operasi standard khas sebelum mereka melayani para pelanggan yang bakal berurusan dengan kami. Di Al Aqsa, selain dari ‘barang berkualiti tinggi dengan harga kilang’, kami juga sangat mengutamakan kualiti servis yang kami tawarkan kepada para pelanggan kami.

 

Kadangkala, ia lebih utama dari penjualan kerana kami yakin, setiap pelanggan yang berpuashati dengan servis kami walaupun tidak membeli, akan kembali semula atau akan menguar-uarkan kepada orang lain. Jika anda datang secara ‘walk-in’ pasti akan disapa dengan “Hai, Selamat Datang! Boleh saya bantu?”.

BUKA SETIAP HARI, WALAUPUN CUTI UMUM (MELAINKAN KAMI INFORM) DI MEDIA SOSIAL ATAU GOOGLE BUSINESS PROFILE

Waktu bekerja Al Aqsa Carpets

AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET STORE:

Isnin – Ahad; 09:00 pagi hingga 06:00 petang (WALK-IN)
Isnin – Jumaat; 9pagi hingga 05:30petang (ONLINE)
Sabtu, 9pagi hingga 01:00 petang (ONLINE)

AL AQSA CARPETS PUSAT PENGHABISAN STORE:

Isnin – Khamis; 09:00 pagi hingga 09:00 malam
Jumaat – Ahad; 09:00 pagi hingga 10:00 malam

 

Tidak seperti kebanyakkan kedai produk lantai lain, kami buka hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun melainkan pada cuti-cuti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, atau melainkan kami ada beritahu di media sosial kami atau google business profile kami. Kami memahami tidak semua yang mampu datang dari hari isnin hingga jumaat, malahan sabtu pun kadang ada yang bekerja. Jadi kami buka setiap hari, isnin hingga ahad agar setiap orang dapat melawat atau berurusan dengan kami mengikut masa dan waktu terluang yang anda miliki. Anda boleh rujuk waktu bekerja kami di bawah:

AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET STORE:

  • Isnin – Ahad; 09:00 pagi hingga 06:00 petang (WALK-IN)
  • Isnin – Jumaat; 9pagi hingga 05:30petang (ONLINE)
  • Sabtu, 9pagi hingga 01:00 petang (ONLINE)

AL AQSA CARPETS PUSAT PENGHABISAN STORE:

  • Isnin – Khamis; 09:00 pagi hingga 09:00 malam
  • Jumaat – Ahad; 09:00 pagi hingga 10:00 malam

PENGILANG, PENYIMPAN, PEMBEKAL DAN PENGELUAR SELEKSI PRODUK LANTAI, KARPET DAN PERMAIDANI TERBESAR DI MALAYSIA

Gudang Al Aqsa Carpets - Pengilang, Pembekal, Penyimpan dan Pengeluar produk lantai terbesar di Malaysia

 

Bagi yang pernah bertandang ke Al Aqsa Carpets Pusat Penghabisan Store, atau yang mana selalu menonton live kami, pasti akan mengetahui yang Al Aqsa Carpets mempunyai satu cawangan istimewa dengan ribuan pilihan karpet dan permaidani dari pelbagai negara seperti Turkiye, Iran, Belgium, USA, dan Mesir. Aqsa PPS merupakan cawangan yang kami gelar sebagai ‘syurga permaidani’ kerana setiap pilihan permaidani adalah dipaparkan, boleh disentuh, malahan dipijak agar setiap pelanggan kami dapat merasakan kualiti karpet dan permaidani yang kami tawarkan, sebelum melakukan sebarang pembelian (atau tidak).

 

Kami juga mempunyai gudang yang terletak berhampiran untuk menyimpan pelbagai seleksi produk lantai seperti Tikar Getah, Vinyl Flooring, Vinyl Self-Adhesive, SPC Flooring, Rumput Tiruan, Karpet Tile, Karpet Pejabat, Karpet Premium, Karpet Wall-to-Wall, dan produk nadi Al Aqsa Carpets; Karpet Masjid. Bersebelahan dengan ruangan pameran kami, adalah beberapa gudang kami miliki yang menyimpan setiap produk yang kami bekalkan pada para pelanggan kami.

PELBAGAI JENIS PRODUK UNTUK DIPILIH; DIPAPARKAN DI DALAM SHOWROOM; READYSTOCK UNTUK TERUS DIBAWA PULANG

 

Di Al Aqsa Carpets, kami mempunyai pelbagai pilihan corak, warna dan saiz bagi setiap satu katagori produk, pastinya anda yang berurusan dengan kami akan rambang mata. Sampai ada pelanggan yang bertukar niat dari nak beli satu produk ke produk lain kerana terpukau, terpana dan terkena dengan kualiti produk yang kami tawarkan. Hampir keseluruhan dari produk yang kami pamerkan adalah ‘readystock’, jadi sangat mudah untuk anda terus beli tanpa menunggu lama jika anda terus ke kedai kami. Jika anda lakukan pembelian secara atas talian, anda mungkin perlu menunggu 3 hari – 7 hari, bergantung pada lokasi dan prestasi kurier penghantar.

 

Showroom Al Aqsa Carpets juga telah memaparkan setiap produk kami untuk anda lihat, sentuh, dan rasa/pijak sendiri agar anda dapat tahu kualiti produk yang kami paparkan. Kami juga mempunyai katalog atau sample untuk anda bawa pulang jika anda tidak dapat membuat keputusan di hari yang sama bagi produk yang anda inginkan; atau jika anda ingin bawa pulang kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang duduk jauh atau tidak dapat datang ke showroom kami.

POS PERCUMA KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA

Al Aqsa Carpets adalah satu-satunya pembekal yang mampu menghantar hampir keseluruhan produk mereka secara percuma ke pelosok Semenanjung Malaysia

 

Tidak kira anda duduk di lokasi mana sekalipun, di pulau, di Perlis atau Johor, kos tetap percuma! Pos percuma ini adalah salah satu inisiatif pihak Al Aqsa bagi memudahkan urusan dan menjimatkan kos para pelanggan kami. Kami akan pos secara percuma sahaja ke lokasi anda di Semenanjung Malaysia, tidak kira berapa jauhnya lokasi anda dari gudang kami. Namun, penghantaran boleh memakan masa dari secepat 3 hari, hingga 14hari lamanya, bergantung pada jarak lokasi anda dan prestasi kurier penghantaran. Jika anda merancang untuk menggunakan produk dalam jangka masa terdekat, anda boleh terus beli di kedai kami, gunakan kurier seperti Lalamove, atau bayar untuk servis penghantaran kepada kami, dan kami akan cuba hantarkan dalam masa 3 – 5 hari sahaja.

PELBAGAI KEMUDAHAN TERSEDIA UNTUK PARA PELANGGAN KAMI YANG SUDI KE CAWANGAN KAMI

Ada mesin air, mesra kanak-kanak dan warga emas, parkir luas, meja berbincang, surau, berpendingin hawa, sample produk tersedia

 

Jika anda berkunjung ke Al Aqsa Carpets, anda akan dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang pihak kami sediakan agar anda lebih selesa, nyaman, dan boleh membuat keputusan dengan lebih tenang. Kami telah menyediakan beberapa kemudahan seperti –

  1. Parkir kenderaan yang luas tidak berbayar
  2. Berpendingin Hawa di dalam kedai
  3. Gudang pameran mesra warna emas dan kanak-kanak
  4. Surau untuk solat
  5. Mesin air untuk minum
  6. Meja untuk berbincang
  7. Sample-sample produk untuk anda sentuh dan rasa kualitinya
  8. Katalog maklumat produk

PROMOSI JUALAN HAMPIR SETIAP BULAN DI AL AQSA CARPETS!

Promosi di Al Aqsa Carpets

Siapa yang tak suka promosi jualan kan? Sebab promosi ni la kita dapat menjimatkan perbelanjaan pada pembelian yang kita lakukan, apatahlagi jika kita ada bajet yang dah tersedia. Jadi dengan promosi atau diskaun ini, lebihan dari bajet tersebut boleh diagihkan ke bajet yang lain, sekaligus memudahkan urusan perbelanjaan kita. Jika anda berbelanja di Al Aqsa Carpets untuk pembelian produk-produk lantai in-trend seperti tikar getah, spc flooring, rumput tiruan atau karpet masjid, pasti anda akan mendapatkan diskaun kerana hampir setiap bulan ada promosi! Setiap kali masuk musim perayaan, atau musim cuti, pasti Al Aqsa Carpets ada menyediakan promosi jualan untuk para pelanggan kami.

 

Yang lagi menarik adalah, promo berjalan di seluruh platform Al Aqsa Carpets, kadang kala ada platform yang mempunyai promosi berbeza yang hanya boleh didapati di platform tersebut. Jadi anda kena peka dan boleh ikut kami di media sosial untuk mengetahui platform manakah yang mempunyai promosi terkini. Untuk melihat promosi yang sedang berlangsung, boleh klik di sini.

LAMAN SESAWANG, PLATFORM E-DAGANG DAN MEDIA SOSIAL TERSEDIA

1. https://www.alaqsacarpets.com/ 2. https://aqsaonlinestore.com.my/ 3. https://www.facebook.com/aqsacarpets/ 4. https://www.instagram.com/alaqsacarpets/?hl=en 5. https://twitter.com/alaqsacarpets1 6. https://www.tiktok.com/@alaqsacarpets 7. https://www.youtube.com/@AlAqsaCarpetsStudio 8. https://shopee.com.my/alaqsacarpets 9. https://www.lazada.com.my/shop/al-aqsa-carpets/

Kepada mereka yang ingin mengenali Al Aqsa Carpets dengan lebih lanjut, mungkin ingin membuat tinjauan, perbandingan dan mendapatkan maklumat produk terlebih dahulu, bolehlah ke laman sesawang kami untuk mendapatkan katalog produk dalam bentuk PDF, atau ingin membaca penulisan atau melihat perkongsian testimoni para pelanggan kami. Jika anda ingin melihat promosi utama yang sedang berjalan, boleh lihat katalog produk yang terlibat di bahagian ‘Promo’ di laman sesawang kami, atau boleh ikuti kami di media sosial bagi mendapatkan promosi terkini atau promosi masa terhad (shocking sale). Anda boleh mengikuti link berikut untuk terus ke laman yang di inginkan:

  1. Laman utama
  2. Laman Pembelian Produk
  3. Facebook
  4. Instagram
  5. Twitter
  6. TikTok
  7. Youtube
  8. Shopee
  9. Lazada

Jika anda ingin lakukan pembelian, anda boleh terus ke laman sesawang pembelian kami di aqsaonlinestore.com.my, ke platform e-dagang kami di Shopee atau Lazada, atau hubungi kami secara terus melalui WhatsApp. Kami mempunyai kakitangan mengikut produk yang anda inginkan yang siap sedia membantu anda dalam melakukan pembelian atau menjawab sebarangpertanyaan berkenaan produk yang anda ingin tahu.

VIDEO PANDUAN UNTUK PARA PELANGGAN KAMI


Pada mereka yang mungkin pertama kali ingin memasang produk lantai ni, mungkin anda tidak tahu dan tidak faham mengenai cara pemasangan. Jadi kami sediakan visual sebagai panduan untuk membantu anda memasang produk lantai dengan kemas dan cantik. Selain dari untuk pemasangan, kami juga ada video panduan bagi pembelian online, video review artis, influencer atau para pelanggan yang telah menggunakan dan memasang produk kami supaya anda lebih yakin dengan pemasangan dan pemilihan produk anda. Anda boleh dapatkan video tersebut di YouTube DIY kami.

PELBAGAI CARA UNTUK MENGHUBUNGI DAN BERURUSAN DENGAN PIHAK AL AQSA CARPETS

Cara menghubungi pihak Al Aqsa Carpets

 

Jika anda tertarik dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk kami, anda boleh menghubungi kami melalui Livechat kami, melalui media sosial kami, atau melalui cara-cara berikut:

Anda juga boleh berurusan dengan pihak kami melalui talian berikut mengikut jenis produk yang anda inginkan. Jika anda ingin bertanya mengenai produk lain selepas bertanya dengan salah satu ‘person-in-charge’, tak perlu tanya di nombor lain, hanya tanya di nombor yang sama sahaja. Jika anda didapati spam kepada kakitangan kami, anda akan dilayan oleh satu kakitangan sahaja atau kami berhak untuk tidak melayan anda.

ADA DAZRIN KAMARUDIN!

Kami di Al Aqsa Carpets ada kelebihan yang tidak dimiliki orang lain. Mungkin kedai atau pembekal lain mempunyai artis yang ditaja, tapi kami tidak. Selain dari mempunyai para selebriti Malaysia yang mempercayai produk kami, kami turut mempunyai selebriti yang turut menguruskan salah satu cawangan kami – Al Aqsa Carpets Pusat Penghabisan Store! Dazrin Kamarudin, kini digelar ‘BossCarpets’; adalah seorang yang sangat arif mengenai seleksi karpet atau permaidani yang kami miliki. Anda yang datang ke lokasi kami boleh berjumpa dengan beliau untuk bergambar, dan meminta pandangan mengenai pilihan karpet yang sesuai untuk ruangan anda. Beliau biasanya berada di cawangan PPS dari jam 11 pagi, hingga 7 petang, setiap hari!

TAHUKAH ANDA?

 

Baru-baru ini, Al Aqsa Carpets ada mengeluarkan lagu brand sendiri! Ia bertajuk "Al Aqsa Boss Carpets" dinyanyikan sendiri oleh bos kami, Dazrin Kamarudin; dikompos oleh Damian Mikhail Production; dan lirik oleh Damian Mikhail dan Dazrin Kamarudin. Anda boleh tonton dan dengar melalui video ini!

LOKASI AL AQSA CARPETS

 

Cuti-cuti tapi tidak tahu nak kemana? Jom datang ke Al Aqsa Carpets sekarang! Lokasi kami sangatlah mudah untuk dicapai dan terletak berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik lain seperti Central I-City, Raja Salai Sungai Kandis, Quayside Mall Gamuda, dan GM Klang! Pastinya menjadi lokasi persinggahan menarik untuk anda untuk mencari produk dekorasi rumah, pejabat dan ruangan komersial.

1