Spc Click Flooring Vs Vinyl Flooring

Mutakhir ini, terlalu banyak produk untuk dipilih sebagai produk hiasan dalaman bagi mencantikkan atau menambah seri satu-satu ruangan. Produk yang seringkali dicari antaranya adalah Tikar getah, vinyl flooring, SPC click flooring, laminated flooring, tiles, atau mozek. Namun, topik yang ingin dibincangkan hari ini merupakan antara soalan yang seringkali ditanya oleh para pengguna yang baru-baru sahaja ingin berjinak dalam pembelian produk pelantaian, iaitu “Apakah perbezaan antara SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring?”.

Pengenalan – Persamaan; Kelebihan – Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Secara asasnya, SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring adalah produk kegunaan lantai digunakan sebagai hiasan dalaman yang menggantikan lantai asal seperti simen atau lantai konkrit bagi mana-mana ruangan lantai sama ada untuk kegunaan kediaman seperti di ruang tamu rumah, bilik-bilik tidur dan dapur, mahupun kegunaan komersial seperti hotel-hotel, butik jualan, pusat beli belah, ruangan pameran atau lain-lain ruangan. SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring adalah produk direka dan digunakan untuk meniru kemasan yang diberikan oleh produk lantai kayu asli (hard wood flooring atau timber flooring). Bajet yang diperlukan bagi memiliki lantai kayu asli adalah tinggi, namun kualiti, ketahanan dan kemasan akhir yang diberikan juga tidak dinafikan adalah berbaloi dengan harga jika anda ada bajetnya. Lebih penting lagi, Produk SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring ini datang dengan beberapa kelebihan menarik yang perlu diambil kira, seperti:

  • Bajet yang lebih rendah – kos pembuatan yang lebih murah; bahan boleh dibuat/didapati dimana-mana
  • Kos penjagaan yang rendah – tidak banyak pantang larang; do’s and don’ts
  • Kalis air – tiada masalah apabila terdedah dengan jumlah air yang banyak
  • Kurang masalah kulat/lumut – sukar untuk tumbuh pada SPC & Vinyl kerana bahan buatan
  • Tiada masalah anai-anai – Anai-anai minat pada kayu, bukan pada batu atau getah
 
Proses pemasangannya juga adalah jauh lebih cepat dan mudah berbanding lantai kayu asli. Malah bagi pelanggan yang belum cukup bajet lebih untuk mengupah kontraktor untuk pemasangan produk SPC atau Vinyl, anda boleh memilih untuk memasangnya secara kendiri sahaja. Ya, betul! Anda boleh pasang secara DIY sahaja! Mudah, pantas dan lebih murah. Kini, banyak panduan beserta video dari saluran atas talian seperti You Tube, Facebook, Instagram, dan Tiktok yang boleh membantu mengajar anda tentang cara-cara pemasangan SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring. Malahan, kebiasaanya penjual di platform pembelian atas talian (pada mereka yang membeli secara atas talian) seperti Shopee atau Lazada telah turut menyediakan panduan untuk pemasangan SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring yang anda beli dari mereka. Al Aqsa Carpets turut menyediakan video tutorial pemasangan SPC Click Flooring dan pemasangan Vinyl Flooring di YouTube kami.
 
 
Maka dengan itu, apakah perkara atau ciri-ciri yang membezakan produk SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring? Jika dilihat dengan mata kasar, perbezaan yang dapat dibandingkan secara asasnya adalah:
  •  Saiz setiap kepingan produk
  • Jumlah kepingan di dalam kotak
  • Rangkuman keluasan bagi setiap kotak produk
  • Ketebalan satu-satu kepingan
  • Kemasan akhir, corak, warna, dan tekstur permukaan kepingan

Saiz & Jumlah Kepingan Serta Rangkuman Keluasan– Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Bagi perbandingan saiz, saiz kepingan SPC Click Flooring secara amnya adalah lebih besar – 7.3inci x 48inci bagi setiap kepingan standard, berbanding dengan Vinyl Flooring standard yang hanya bersaiz 6inci lebar x 36inci Panjang bagi kepingan standard vinyl flooring, namun perlu diambil kira yang sesetengah kepingan vinyl flooring adalah lebih lebar dan panjang dari saiz standard, walaupun masih tidak melebihi saiz kepingan SPC standard. Saiz kepingan memainkan peranan dalam kemasan akhir produk, disamping menjadi faktor bagi kecepatan masa pemasangan satu-satu produk. Bagi rangkuman keluasan sekotak SPC Click Flooring standard, ia mampu merangkumi 29kaki persegi (sqft) perkotak. Namun, sekotak produk Vinyl Flooring kebiasaanya mempunyai rangkuman keluasan lebih besar, iaitu boleh merangkumi sehingga 36kaki persegi sekotak. Rangkuman keluasan bagi setiap kotak adalah penting kerana ia membolehkan pembeli untuk mengetahui jumlah kotak SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring yang diperlukan bagi satu-satu ruangan yang ingin digunakan produk tersebut. Rangkuman keluasan kotak pula dipengaruhi oleh jumlah kepingan yang ada dalam satu-satu kotak produk tersebut, seperti sekotak SPC Click Flooring yang hanya mempunyai 12keping, jika dibandingkan vinyl flooring yang mempunyai jumlah kepingan sekotak yang lebih banyak iaitu pada 24kepingan perkotak.

Ketebalan – Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Anda juga dapat melihat perbezaan ketebalan bagi kepingan SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring; dimana kepingan SPC adalah lebih tebal pada 4MM untuk kepingan standard, mencapai hingga 8MM ketebalan (yang tidak termasuk dengan ketebalan dari foam XPE dibawahnya apabila dipasang nanti). Bila dicampur dengan XPE Foam, jumlah ketebalan lantai SPC akan ditambah lagi +-1-2MM, jadi anda perlu memastikan pintu anda mempunyai ruangan di bawah pintu yang mencukupi, bagi memastikan pintu tidak bergeser dengan kepingan SPC yang dipasang. Kepingan vinyl flooring pula datang dengan ketebalan bermula dari 1.5MM, hingga 3.5mm ketebalan. Vinyl Flooring biasanya mempunyai lebih banyak pilihan ketebalan, dan di Al Aqsa, kami menawarkan vinyl flooring dengan ketebalan 1.5mm, 1.8mm, 2mm dan 2.2mm untuk vinyl flooring adhesive manakala 2mm, 2.5mm, 2.8mm, 3mm dan 3.2mm untuk vinyl flooring standard. Ketebalan kepingan mempengaruhi kawasan kegunaan, bukan menjadi syarat untuk diikuti, tapi adalah disarankan. Kepingan vinyl dengan ketebalan 2.5 MM ke atas seringkali digunakan untuk pemasangan di tangga, kerana ia lebih tahan lasak dan lebih selesa. Kepingan vinyl yang bersaiz besar juga adalah menjadi pilihan kerana pemasangan yang lebih cepat, impak rekabentuk lebih seragam dan kurang pembaziran ketika pemasangan. Kepingan SPC Click Flooring tidak disarankan untuk dipasang di tangga walaupun kepinganya lebih besar kerana ianya berat, memerlukan gam lebih ketika pemasangan, dan ia bergantung tara pada XPE Foam untuk berfungsi dengan lebih baik. Malah dengan system click pada SPC Click flooring menyukarkan proses penyantuman antara kepingan.

Kemasan Akhir – Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Kemasan akhir yang diberikan SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring juga adalah berbeza, kerana kepingan SPC Click Flooring mempunyai warna yang lebih ‘matte’ atau warna mati pada permukaan kepingan, berbanding dengan Vinyl Flooring yang mempunyai kemasan lebih ‘shining’ atau berkilat pada permukaan kepingannya. Dengan permukaan matte, ruangan anda nampak lebih kasual-klasik natural, disamping kurangnya pemantulan cahaya yang menjadikan ruangan nampak lebih tenang. Bagi permukaan berkilat pula, ruangan anda akan nampak moden, elegan dan ceria, serta ruangan anda akan nampak lebih luas kerana pantulan cahaya yang lebih. Bagi mereka yang mempunyai perabot berwarna dark wood, brown, beige, atau memang bertemakan kayu, adalah lebih baik ambil SPC Flooring kerana kemasan akhir akan menyerlahkan lagi tema ruangan anda, lebih-lebih lagi jika perabot anda memang sudah bertemakan kayu. Bagi ruangan bertema moden, penggunaan vinyl flooring adalah lebih bagus, tambahan lagi jika anda menggunakan perabot-perabot seperti kerusi kulit, rak besi, dan perabot berwarna cerah disebabkan kepingan vinyl yang berkilat. Malah untuk pejabat atau ruangan komersial boleh mengambil vinyl flooring kerana lebih berkilat dan tampil lebih memukau untuk ruangan tersebut.

Perbezaan Utama –material, Teknik Pemasangan - Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Perbezaan utama SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring adalah bahan buatan setiap kepingan produk. Perkataan SPC – yang membawa makna Stone Plastic Composite atau Stone Polymer Composite, adalah diperbuat dari campuran kalsium karbonat (batu kapur) dengan campuran PVC. Vinyl flooring pula diperbuat sepenuhnya dari PVC – Polyvinyl Chloride, atau bahan sintetik. Perbezaan bahan buatan inilah yang memberikan rasa dan tekstur yang berbeza antara SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring. Perbezaan lain yang boleh dikenalpasti adalah dari teknik pemasangan yang diperlukan bagi setiap satu produk. Setiap kepingan SPC Click Flooring tidak memerlukan gam untuk proses pemasangan kerana kewujudan satu system ‘klik’ atau ‘slot’ pada setiap kepingan. Bagi setiap kepingan SPC Click Flooring, anda hanya perlu klik atau slotkan setiap kepingan dengan kepingan yang lain semasa pemasangan. Walaupun tidak memerlukan gam, setiap pemasangan SPC Click Flooring memerlukan satu lapisan foam atau lebih tepatnya XPE Foam dibawahnya bagi memastikan kepingan SPC tersebut tidak berbunyi, pecah atau patah apabila terkena dengan barangan yang jatuh atau apabila ia digunakan nanti. Jika anda lakukan pembelian SPC Flooring dengan Al Aqsa Carpets sama ada melalui pembelian atas talian ataupun secara terus dari kedai, anda akan diberikan XPE Foam secara percuma sahaja mengikut saiz kotak yang dibeli – misalnya, jika sekotak merangkumi 29kaki persegi (sqft), anda akan turut diberikan 29kaki persegi (sqft), XPE Foam secara percuma tanpa perlu menambah apa-apa kos. Namun, perlu di ingatkan yang setiap kepingan SPC Flooring agak sensitif, lebih-lebih lagi di bahagian klip atau tempat slotnya. Jika patah seluruhnya, kepingan SPC dianggap rosak dan tidak boleh digunakan lagi, tapi bagi sesetengah kes yang hanya ada kerosakan sedikit, ia masih boleh digunakan. (*masukkan contoh gambar kepingan patah and slotkan guna kepingan patah.).

Bagi pemasangan kepingan vinyl flooring pula ia memerlukan gam, yang bergantung pada keadaan dan jenis subfloor yang ia akan dipasangkan. Bagi lantai jenis lembab seperti simen, atau lantai sering basah seperti di dapur atau bilik air, kepingan vinyl flooring memerlukan gam jenis ‘waterproof’ atau gam kalis air. Vinyl Flooring adalah produk yang kalis air seperti SPC Click Flooring, tapi disebabkan ia tidak memerlukan XPE foam, ia boleh dipasang di dalam bilik air (XPE Foam menyerap air dan akan berbau jika tidak kering dengan betul – berbau kepam). Bagi kawasan-kawasan biasa yang tidak ada masalah kelembapan atau air, kepingan vinyl flooring boleh ditampal oleh gam biasa seperti waterbased glue, gam silikon atau double-sided tape heavy duty seperti yang dijual oleh Al Aqsa Carpets. Adalah disarankan bagi mereka yang menyewa dan ingin menggunakan vinyl flooring di tempat sewa mereka, untuk menggunakan double-sided tape kerana, jika anda berpindah kawasan, vinyl flooring boleh ditanggalkan dengan mudah dan digunakan semula. Double-sided tape yang digunakan juga tidak meninggalkan kesan gam pada lantai, memberikan kemudahan untuk anda mengemas tempat sewa tersebut apabila anda ingin berpindah. Sesetengah pemberi sewa amat tipikal dalam keadaan tempat sewa yang ditinggalkan, jadi adalah lebih baik untuk kita ‘sediakan payung sebelum hujan’. Malah dengan menggunakan vinyl flooring lama dan double sided tape baru, anda boleh ubahsuai ruangan baru anda dengan kepingan vinyl flooring yang lama.

Ketahanan – Spc Flooring Vs Vinyl Flooring

Jika kita nak sebut dari segi ketahanan, tidak dinafikan kedua-dua produk mempunyai ketahanan yang tinggi kerana bahan buatan setiap kepingan kedua-dua produk tersebut. Namun, ada beberapa perkara yang membezakan ketahanan SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring. Bagi kepingan SPC Click Flooring, disebabkan ia diperbuat dari batu kapur (seperti yang diperjelaskan diatas), kepingan SPC mempunyai lebih daya tahan terhadap ‘heavy foot traffic’ atau penggunaan harian, menjadikan SPC Click Flooring ini sangat sesuai digunakan di ruangan komersial seperti pusat beli belah, butik jualan, tempat-tempat makan atau restoran. Meletakkan perabot di atas kepingan SPC untuk jangka masa yang lama pun tidak menjadi masalah kerana perabot yang berat tidak akan meniggalkan kesan pada permukaan kepingan SPC. Untuk penggunaan pejabat kekal, pemilihan SPC Click Flooring juga adalah lebih sesuai. Bagi vinyl flooring pula, ia mempunyai daya kekuatan dari segi ‘fleksibility’ nya yang membolehkan ia digunakan untuk kawasan perindustrian, gudang-gudang, atau stor simpanan. Ini kerana kepingan vinyl flooring adalah lebih ‘shock absorbent’ atau boleh menahan daya hentakan dari sebarang objek yang jatuh keatasnya, di samping fakta yang vinyl flooring tidak boleh pecah apabila barangan berat jatuh keatasnya. Penggunaan vinyl flooring di tangga atau hiasan dinding juga sesuai kerana kepingan vinyl flooring jauh lebih ringan, dan hanya memerlukan gam untuk melekatkan vinyl flooring. Penggunaan vinyl flooring untuk ruangan parkir kenderaan anda juga adalah sesuai, anda cuma perlukan gam waterproof sahaja untuk memberikan ketahanan yang lebih terhadap pemasangan vinyl flooring. Akan tetapi, secara amnya, kedua-dua produk iaitu SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring boleh dan sesuai untuk kegunaan di harian rumah.

 
Bagi anda yang berminat dengan produk SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring yang dibekalkan oleh Al Aqsa Carpets dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk tersebut,boleh terus lawati laman web Al Aqsa Carpets. Pelbagai info menarik untuk tatapan anda seperti spesifikasi produk, katalog corak & warna, atau testimoni dari para pelanggan yang pernah membeli produk SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring. Al Aqsa Carpets turut menyediakan servis pemasangan untuk kedua-dua produk SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring yang kami bekalkan. Kos pemasangan hanya serendah RM1 perkaki persegi sahaja. Untuk mendapatkan khidmat servis pemasangan dari Al Aqsa Carpets, boleh terus hubungi kakitangan bahagian produk SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring di talian 011 1088 0150 (En. Ikram). Kakitangan kami siap sedia membantu anda merialisasikan impian anda untuk menggunakan SPC Click Flooring atau Vinyl Flooring untuk ruangan anda! Al Aqsa Carpets mempunyai moto – dimana kami ingin membolehkan para pelanggan kami merasakan produk yang eksklusif berkualiti tinggi di pasaran pada harga terendah. Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi di saluran atau klik pada link berikut –
  1. Inquiries Al Aqsa Carpets – 016 224 3765
  2. P.I.C SPC & Vinyl Al Aqsa Carpets – 011 1088 0150
  3. Online / E-Commerce for purchase
    a.    Website
    b.    Shopee
    c.    Lazada
    d.    Rugs
Ikuti perkembangan dan berita tentang sebarang promosi, kontent menarik, dan perkongsian info produk Al Aqsa Carpets melalui saluran- saluran berikut –
1