Pemasangan Loop Pile, Karpet Tile & Vinyl Flooring di Pejabat

Pengenalan - Tetuan Khairul Sofian Anuar

Kakitangan En. Muhyiddin dari Tetuan Khairul Sofian Anuar bersamanya di Majlis pentauliahan peguam syariah Terengganu

Al Aqsa Carpets ingin berkongsikan testimoni pemasangan sendiri yang dilakukan oleh salah seorang pelanggan kami yang bekerja sebagai peguam syar’ie bertempat di Terengganu. Beliau mengenali Al Aqsa dari iklan yang dilihat atas talian dan tertarik dengan produk yang ditawarkan. Beliau telah memilih pada masa lapang beliau untuk terus datang ke cawangan Al Aqsa Carpets Factory Outlet yang bertempat di Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam. Beliau kemudian dikenalkan dengan kakitangan Al Aqsa dan menjelaskan kepadanya tentang keadaan pejabat, ciri-ciri pengubahsuaian yang diinginkan dan ingin mendapatkan cadangan, tips serta saranan bagi jenis produk yang bersesuaian dengan ruangan pejabatnya.

Cerita disebalik testimoni Tetuan KSA

Beliau mempunyai tiga ruangan di pejabat yang ingin diubahsuainya; pertamanya ruangan pejabat peribadinya dan bilik mesyuarat, kedua pula ruangan utama kerja dan ketiga ruangan di hadapan tandas dan surau pejabat. Buat masa ini, ruangan pejabat beliau menggunakan hanya tikar getah sebagai lapik simen asal pejabat, dan kerana sekian lama menggunakan pejabat tersebut, beliau berhasrat untuk menambah baik ruangan pejabat agar pekerjanya lebih selesa dan ceria, serta memberikan kemasan yang lebih cantik kepada pejabatnya. Beliau telah memilih karpet UAE Loop Pile bagi ruangan pejabat peribadi dan bilik mesyuarat, karpet tile bagi ruangan utama pejabat, dan akhir sekali beliau berhasrat menggunakan vinyl flooring untuk ruangan di hadapan tandas.

Pemilihan UAE Loop Pile bagi pejabat peribadi dan bilik mesyuarat adalah kerana ia tidak digunakan secara kerap, dan loop pile adalah mudah untuk dipasang di ruangan tersebut kerana saiznya yang bersesuaian dengan panjang dan lebar bagi pejabat peribadi dan bilik mesyuarat tersebut. Untuk ruangan utama kerja pula, pemilihan karpet tile adalah tepat kerana karpet tile Al Aqsa mempunyai 2x lapisan fiberglass yang memberikan karpet tile lebih ketahanan terhadap kegunaan harian di pejabat serta penjagaan yang lebih mudah jika berlaku sebarang kekotoran, tumpahan makanan atau kerosakan dari aktiviti harian yang dilakukan; ini kerana kepingan karpet tile yang kotor atau rosak boleh terus digantikan dengan sekelip mata.

Bagi ruangan ketiga, pada asalnya beliau ingin menggunakan tikar getah, namun melalui perbincangan dan nasihat dari kakitangan Al Aqsa, beliau telah bertukar fikiran dan memilih untuk mengambil vinyl flooring dan gam waterproof bagi menjamin lebih ketahanan terhadap air yang mungkin datang dari tandas dan tempat wudhu’ surau. Penggunaan vinyl flooring juga adalah lebih cantik pada ruangan, penjagaan yang lebih mudah dan jangka hayat yang lebih lama berbanding tikar getah. Di akhir perbincangan, beliau ingin berbincang semula dengan kakitangan pejabatnya untuk menentukan warna yang sesuai dengan pejabat mereka.

Pengakhiran - Testimoni pemasangan sendiri Team Tetuan KSA

Akhirnya, setelah beliau berbincang bersama kakitangan pejabatnya, beliau meminta sebutharga bagi produk yang diinginkan beserta aksesori yang bersesuaian untuk ruangan-ruangan tersebut. Beliau kemudian terus membuat pembayaran setelah berpuas hati dengan harga yang diberikan, dan dalam tempoh 4 hari sahaja, produk yang beliau beli telah sampai di Terengganu. Beliau dan kakitangannya memulakan pemasangan kendiri dan dilakukan dengan sangat-sangat baik. Testimoni turut dikongsikan beliau, sebelum, semasa dan selepas pemasangan yang dilakukan oleh mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada En. Muhyiddin dari Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co. kerana mempercayai produk dari Al Aqsa Carpets! Semoga dimurahkan rezeki dan terus maju jaya.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi di saluran atau klik pada link berikut –
  1. Inquiries Al Aqsa Carpets – 016 224 3765
  2. P.I.C SPC & Vinyl Al Aqsa Carpets – 011 1088 0150
  3. P.I.C Karpet Pejabat & Karpet Tiles – 011 1088 0204
  4. Online / E-Commerce for purchase
    a.    Website
    b.    Shopee
    c.    Lazada
 

SEBUTHARGA PERCUMA

Dapatkan khidmat nasihat dan sebutharga percuma dari kakitangan Al Aqsa Carpets yang berpengalaman!
INQUIRY
1