Rumput tiruan dan tikar getah dari Al Aqsa Carpets

Seperti sedia maklum, Al Aqsa Carpets merupakan pembekal, pengilang dan penjual rumput tiruan dan juga tikar getah terbesar, termurah dan berkualiti tinggi di Malaysia. Dengan trademark “barang berkualiti tinggi dengan harga kilang” pastinya anda akan teruja dan mendapat penjimatan berganda untuk setiap pembelian yang anda buat pembelian secara “walk in” ada di cawangan Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store (AQSAFOS) atau Al Aqsa Pusat Penghabisan Store (AQSAPPS). Kami menawarkan harga lebih rendah dan kualiti terbaik di pasaran. Kedua-dua produk ini adalah buatan korea dan pastinya kualiti dan ketahanan terbaik di pasaran dan juga di dunia.

RUMPUT TIRUAN DARI AL AQSA CARPETS

Untuk produk rumput tiruan Al Aqsa Carpets, perkara pertama yang pelanggan cari adalah jenis untuk ruangan mereka, harga dan warna. Malah pelanggan kini sudah pandai ubahsuai ruangan mereka dengan secara kendiri iaitu secara DIY. Kami di Al Aqsa Carpets menyediakan video untuk pemasangan di simen, tanah dan juga dinding. Sesuai dengan pelanggan yang mahukan kepuasan dan kesenangan memasang mengikut masa dan budget mereka. Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets datang dengan 1 gulungan besar bersaiz 6.5kaki x 82kaki. Tetapi di Al Aqsa Carpets anda boleh beli minimum 6.5kaki x 1kaki dan berterusan mengikut saiz ukuran ruangan anda. Ini adalah selling point dan kelebihan bila anda beli-belah di Al Aqsa Carpets.

 

Material rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets

Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets merupakan produk popular dan antara best seller terbaik di pasaran. Rumput tiruan Aqsa mempunyai lebih 12 jenis untuk kegunaan indoor, outdoor atau sport. Setiap rumput tiruan adalah 100% fresh PVC, kalis air dan kalis anai-anai dan sesuai untuk apa juga tema, keperluan dan budget anda. Apa itu 100% Fresh PVC? PVC bermaksud polyvinyl chloride merupakan material plastic yang sering digunakan untuk perabot, permainan, lantai dan bungkusan makanan. Perkara menarik dan unik rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets adalah setiap helaian dan backing diperbuat dari 100% fresh PVC. Bermaksud, PVC yang Al Aqsa Carpets gunakan adalah fresh dan bukannya dari PVC yang recycle. Dengan penggunaan 100% fresh PVC daya tahan dan lebih user friendly berbanding produk lain di pasaran. Kurang penggunaaan bahan kimia mampu menjadikan ruangan anda lebih selamat dan tidak tercemar terutama untuk warga emas dan kanak-kanak. Al Aqsa Carpets mengambil berat tentang keselamatan alam sekitar dan para pelanggan tercinta. Malah rumput tiruan dari Al Aqsa Carpet mempunyai fiber glass dalam lapisan backing. Fiber glass berfungsi untuk menjadikan ikatan backing dan rumput tiruan lebih kuat, lebih flexible dan backing lebih keras dan tahan lama. Al Aqsa Carpets antara syarikat pertama menambah fiber glass dalam rumput tiruan untuk menjamin kepuasan dan prestasi produk yang kami jual. Backing yang tebal dan mempunyai pore backing menambahkan lagi prestasi rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets. Tiada masalah air bertakung, bau hapak dan berbau jika anda menggunakan rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets. Malah dengan jenis benang UAE untuk Single UV Protection dan benang USA untuk Double UV Protection menjadikan rumput tiruan ini lebih daya tahan dan lasak berbanding dengan jenama atau syarikat lain.

 

Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets mempunyai lebih 12 jenis ketebalan yang berbeza. Ketebalan dari 10MM hingga 40MM mengikut jenis indoor, outdoor dan sport. Kami mahukan pelanggan merasai sendiri kualiti rumput tiruan agar berpuas hati dengan kualiti dan dengan harga yang pelanggan bayar. Pelanggan selalunya memilih 20MM dan keatas untuk ruangan balkoni atau laman kerana ketebalan ini sangat selesa dipijak, baring dan ketahanan dan prestasi produk lebih tinggi dan datang dengan harga yang tak masuk akal! Anda boleh dapati rumput tiruan dari ketebalan 20MM ke atas dengan harga serendah RM3.10/SQFT. Malah pelanggan kami juga menggunakan rumput tiruan dari ketebalan 10MM – 17MM untuk kegunaan dinding. Ya, rumput tiruan juga boleh digunakan sebagai hiasan dinding jika anda memilih ketebalan dari 10MM ke 17MM. Ketebalan yang berbeza boleh anda miliki jika anda beli di cawangan kami. Tidak kira untuk laman, balkoni, ruangan dalam kediaman atau padang bola, rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets pastinya menjadikan ruangan anda lebih kemas dan memukau untuk jangka masa yang lama. Dari tempat perhiasan ke padang bola sepak bertaraf dunia, pastinya rumput tiruan dari Al Aqsa Carpet menjadikan ruangan anda lebih kemas dan cantik.

 

Di Al Aqsa Carpets kami mempunyai lebih 12 jenis rumput tiruan untuk anda miliki. Dari 10MM hinggalah 40MM pastinya mampu menjadikan ruangan anda yang kusam menjadi lebih memukau. Harga untuk rumput tiruan Single UV Protection bermula dari 15MM Single UV: RM1.90/Kaki persegi, 17MM Single UV: RM2.50/Kaki persegi, 25MM Single UV: RM3.10/Kaki persegi, 28MM Single UV: RM4.50/Kaki persegi, 30MM Single UV: RM3.60/Kaki persegi, 40MM Single UV: RM4.60/Kaki persegi. Untuk Double UV Protection pula bermula dari 10MM Double UV: RM2.00/Kaki persegi, 20MM Double UV: RM4.20/Kaki persegi, 35MM Double UV: RM5.20/Kaki persegi, 38MM Double UV: RM5.10/Kaki persegi. Untuk Triple UV Protectition pula bermula dari 12MM Triple UV: RM2.20/Kaki persegi, 25MM Triple UV: RM4.90/Kaki persegi, 30MM Triple UV: RM5.60/Kaki persegi, 40MM Triple UV: RM5.90/Kaki persegi. Untuk 4X UV Protection pula bermula dari 25MM 4X UV: 9.60/Kaki persegi dan 29MM 4X UV: RM9.60/Kaki persegi. Harga termurah di pasaran dengan kualiti terbaik!

 

UV Protection dalam setiap helaian rumput tiruan Al Aqsa Carpets

Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets juga mempunyai pelbagai jenis UV Protection khusus untuk kegunaan anda. Tidak kira indoor, outdoor atau sport anda boleh miliki dari kami. Jika anda mahu hiasi ruangan dalam kediaman, pejabat atau komersial seperti dewan makan atau dalam mall, anda boleh memilih Single UV Protection untuk ruangan anda. Single UV Protection mempunyai 1 lapisan UV Protection untuk setiap helaian rumput tiruan. Malah dengan harga lebih rendah, anda akan memperolehi lebih penjimatan. Single UV Protection sesua digunakan di Kawasan yang tidak terdedah kepada cahaya matahari dan dengan ketahanan sehingga 6-8 tahun mengikut persekitaran anda. Jika anda mahu ubahsuai ruangan laman, balkoni atau ruangan yang terdedah pada cahaya matahari, anda boleh dapatkan atau membeli mana-mana jenis Double UV Protection. Double UV Protection lebih tahan lasak dan tahan lama berbanding Single UV Protection. Ketahanan rumput tiruan ini lebih berganda dan mampu bertahan lagi lama iaitu 8-12 tahun mengikut persekitaran anda. Lebih tahan lasak dengan harga ekonomi. Jika anda mahukan ketahanan lebih lama, anda boleh memilih triple UV Proctection untuk ruangan anda. Lebih tahan lasak dan tahan lama berbanding Double UV Proctection. Pelanggan selalu memilih Triple UV Protection untuk ruangan komersial. Pelanggan gemar memilih rumput tiruan jenis ini kerana daya tahan lebih tinggi tetapi perlu di ingat, lebih tinggi UV Protection, lebih kasar rumput tiruan yang anda miliki. Jika anda mempunyai lapangan pusat sukan seperti padang bola sepak atau futsal, anda boleh memilih 4x UV Protection untuk ruangan anda. Dengan ketahan lebih jitu dan utuh berbanding rumput tiruan yang lain, anda akan dapat penjimatan berganda-ganda untuk jangka masa yang lebih lama. Dengan 4X UV Protection ruangan anda akan lebih kemas, cantik lebih tahan lama. Malah, rumput tiruan ini mendapat pengiktirafan dari FIFA dan pastinya menjanjikan keselesaan dan prestasi yang tinggi.

 

Harga rendah dengan kualiti premium & eksklusif

Harga yang Al Aqsa Carpets tawarkan adalah terendah di pasaran. Bandingkan harga dan prestasi produk kami berbanding syarikat lain. Anda boleh miliki rumput tiruan berkualiti tinggi dengan harga serendah RM1.90/SQFT hinggalah RM9.60/SQFT. Jika anda masih tercari-cari untuk rumput tiruan untuk kegunaan indoor, anda boleh dapatkan Single UV 15MM dengan harga RM1.50/SQFT, Single UV 17MM dengan harga RM3.90/SQFT, Single UV 25MM dengan harga 3.10/SQFT, Single UV 28MM dengan harga RM4.50/SQFT, Single UV 30MM dengan harga RM3.60/SQFT dan Single UV 40MM dengan harga RM4.60/SQFT. Dengan harga lebih rendah dan kualiti tinggi, pastinya pembelian ini adalah berbaloi. Jika anda mahu ubahsuai ruangan di luar kediaman dan terdedah di Kawasan di bawah cahaya matahari, anda boleh memilih mana-mana jenis Double UV Protection. Double UV 10MM dengan harga RM2.00/SQFT, Double UV 20MM dengan harga RM4.20/SQFT, Double UV 35MM dengan harga RM5.20/SQFT dan Double UV 38MM dengan harga RM5.10/SQFT. Bandingkan harga dan kualiti Double UV kami berbanding syarikat lain. Untuk Triple UV Protection pula kami mempunyai 4 pilihan untuk anda miliki. Triple UV 12MM dengan harga RM2.60/SQFT, Triple UV 25MM dengan harga RM4.90/SQFT, Triple UV 30MM dengan harga RM5.60/SQFT dan Triple UV 40MM dengan harga RM5.90/SQFT. Sesuai untuk tempat komersial dengan daya tahan lebih tinggi. Jika anda mencari rumput tiruan untuk lapangan sukan, anda boleh memilih 4x UV Protection 28MM dengan harga RM9.60/SQFT. Dengan kualiti dan mendapat pengiktirafan dari FIFA, pastinya ruangan anda akan menjadi lebih tahan lasak dan penjimatan berganda untuk jangka masa panjang.

 

Bandingkan harga dan kualiti rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets

Rumput tiruan Al Aqsa Carpets adalah rumput tiruan terbaik di pasaran dengan harga dan kualiti yang tinggi berbanding brand biasa. Malah dengan kos penjagaan yang rendah, tidak perlu begitu fokus untuk menjaga rumput tiruan ini. Anda terus bentang dan dengan serta merta ruangan anda akan tampil kemas. Pemilihan rumput tiruan adalah lebih berbaloi dan lebih jimat untuk masa panjang kerana tidak perlu penjagaan yang rapi dan tidak perlu potong, racun atau rosak. Malah untuk mengekalkkan kekemasan rumput tiruan, anda boleh buka dan cuci menggunakan waterjet atau sembur mengunakan air biasa. Selepas basuh atau cuci, anda boleh biarkan ia kering dengan sendiri dan dengan serta merta alur rumput dari penyet akan naik da kembang kembali. Proses pembersihan ini anda boleh lakukan dalam masa 3 bulan atau 6 bulan sekali untuk memastikan rumput tampil lebih fresh dan kemas.

 

Pemasangan semudah ABC dengan aksesori Al Aqsa!

Pemasangan rumput tiruan dari Al Aqsa Carpet sangat mudah! Anda hanya perlu potong rumput tiruan dengan menggunakan pisau biasa atau gunting sahaja. Potong rumput tiruan mengikut alur backing untuk memastikan tiada lebihan helaian rumput tiruan tercabut atau terkeluar. Untuk penyambungan antara dua kepingan, anda boleh gunakan seamless tape untuk sambungan lebih kemas, atau boleh gunakan gam seperti double sided tape atau gam silicon. Pastikan sambungan kepingan rumput tiruan adalah sama alurnya kerana rumput tiruan datang denga kecondongan 30 darjah, bagi memastikan tiada masalah rumput tiruan berbelang atau berlainan warna. Al Aqsa Carpets juga menjual aksesori rumput tiruan seperti double sided tape, silicon tiub, waterproof glue, draincell, seamtape (15CM x 5M & 15CM x 10M), Shock pad foam dan turf nail untuk anda miliki. Tak perlu pergi ke kedai lain untuk beli barang-barang aksesori lain, Al Aqsa Carpets lengkap untuk ubahsuai ruangan anda.

1001 Kebaikan dan keistimewaan rumput tiruan eksklusif dari Al Aqsa Carpets

Keistimewaan rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets bukan sahaja dari segi ketahanan, anda juga boleh lihat sentuh dan pijak kelembutan dan keselesaan rumput tiruan ini. Dengan pelbagai jenis warna yang menarik dan pastinya kombinasi warna ini menjadikan ruangan anda lebih cantik dan memukau. Kombinasi warna hijau gelap dan hijau cair menjadikan ruangan anda nampak lebih natural dan tampil seperti rumput yang asli. Jika anda mahukan ruangan anda tampil lebih natural anda boleh memilih best seller kami iaitu Double UV 20MM kerana rumput tiruan ini mempunyai warna hijau dan kuning cair untuk kemasan akhir lebih cantik, tampil seperti rumput asli. Kini dengan promosi berganda dan pos percuma ke seluruh semenanjung Malaysia, anda akan dapat penjimatan berganda-ganda! Pembungkusan yang kemas dan teliti dan kurier yang bertanggungjawab untuk memastikan parcel yang anda pesan sampai dalam keadaan yang baik dan tidak rosak. Apa juga keperluan, budget dan keinginan anda, pastinya seleksi rumput dari Al Aqsa Carpets menjadikan ruangan anda lebih kemas dan memukau.

 

TIKAR GETAH DARI AL AQSA CARPETS

Tikar getah Al Aqsa Carpet merupakan salah satu produk viral dan popular dari Al Aqsa Carpets. Dengan trademark “Tahan lasak susah koyak” tikar getah ini sering menjadi pilihan rakyat Malaysia dari semua golongan masyarakat. Tikar getah dari Al Aqsa Carpets sudah terjual berpuluh ribu dan ramai sudah berpuas hati dengan ketahanan, corak dan kemasan akhir tikar getah ini. Pelanggan memilih tikar getah untuk ubahsuai ruangan kediaman, pejabat atau komersial untuk impak kemasan lantai yang memukau. Pastinya anda akan dapat lebih penjimatan jika menggunakan tikar getah dari Al Aqsa Carpets. Kami juga merupakan satu-satunya pembekal tikar getah American Vinyl.

Pelbagai pilihan eksklusif untuk tikar getah Al Aqsa Carpets

Tikar getah dari Al Aqsa Carpet mempunyai 4 jenis tikar getah untuk anda pilih. Pilihan yang ada adalah TG99, TG199, TG70 dan TGAV200. Tikar getah dari Al Aqsa Carpets mempunyai 2 jenis iaitu 1.83M x 10M dan 1.83M x 20M. Tikar getah jenis TG99, TG119 dan TGAV200 mempunyai Panjang 1.83M x 10M, manakala TG170 pual mempunyai Panjang 1.83M x 20M. Dari segi ketebalan pula TG99, TG119 dan TG170 mempunyai ketebalan 0.5MM. Ketebalan 0.5MM merupakan ketebalan dan ketahanan yang premium dan paling tebal antara semua. TGAV200 atau tikar getah American vinyl mempunyai ketahanan yang lasak, dan bertexture halus seperti vinyl flooring. Malah sering menjadi pilihan rakyat Malaysia yang inginkan kemasan vinyl flooring tanpa perlu beli atau pasang vinyl flooring. Malah kemasan tikar getah Aqsa terutama TGAV200 dapat menjadikan ruangan anda lebih cantik malah lebih kemas berbanding mozek atau jubin. Tikar getah Aqsa memilih corak dan warna yang on trend seperti warna kayu seperti warna coklat gelap, coklat terang dan kelabu. Warna tersebut merupakan warna-warna yang seringkali pilihan rakyat Malaysia. Warna yang mudah “mix & match” untuk kesesuai dinding, perabot dan warna langsir di ruangan anda. Malah dengan warna yang gelap atau separa gelap memudahkan kerja pembersihan ruangan. Ini penting untuk mereka yang baru memulakan kehidupan bekeluarga dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Pemilihan warna kelabu pula biasanya untuk melengkapi warna dinding yang putih dan mahukan ruangan yang tampil lebih besar dan luas. Kesan ini sering menjadi pilihan untuk bagi memperlihatkan ruangan yang kecil menjadi lebih besar.

Produk yang flexible dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis ruangan

Tikar getah Aqsa bukan sahaja boleh digunakan untuk ruangan kediaman, pejabat atau komersial. Malah anda boleh gunakan tikar getah sebagai alas meja seperti di kedai makan atau kantin sekolah. Malah tikar getah juga digunakan sebagai alas meja di sekolah untuk memastikan meja sentiasa bersih, kemas dan tidak kotor terutama kelas yang mempunyai kanak-kanak yang aktif. Tikar getah TGAV200 biasanya menjadi pilihan terutama di ruangan tadika, taska atau rumah orang tua kerana tikar getah ini mempunyai texture seperti vinyl floor yang berurat kayu dan berketebalan 0.8MM. Kanak-kanak dan warga emas boleh berjalan dengan lebih selamat malah ada sesetengah rumah orang tua yang mempunyai penghuni yang berkerusi roda boleh bergerak bebas di dalam kediaman. Tiada kesan calar dan tidak mudah terkoyak jika terkena atau bergeser dengan kerusi roda. Malah tikar getah membuatkan lantai tidak sejuk dan lebih selesa untuk berjalan kerana ia tidak memindahkan haba. Pelanggan pasti berpuas hati dengan kualiti tikar getah dari Al Aqsa Carpets.

Pemasangan tikar getah sangat mudah terutama jika anda berlantaikan simen atau jubin. Anda hanya terus bentang atau damparkan sahaja untuk hasil ruangan yang memukau. Untuk hasil ruangan lebih kemas dan tahan lasak, anda boleh add on double sided tape di penghujung dinding atau joined antara tikar getah. Dengan penambahan double sided tape, tikar getah lebih kemas, dan tidak bergerak. Boleh rujuk video kami dari youtube Al Aqsa untuk lebih visual dan cara pemasangan tikar getah yang kemas dan professional.

Jika anda pasang tikar getah di kawasan bersimen, Al Aqsa Carpets sarankan untuk vacuum atau sapu sahaja lantai simen anda. Jangan mop menggunakan air atau air sabun. Jika anda mop lantai simen, kemungkinan besar tikar getah anda akan berombak atau ada gelembung. Tetapi jangan risau, jika ada gelembung udara, anda boleh tolak menggunakan mop yang tidak basah atau kain ke arah tepi tikar getah. Jika masih lagi bergelembung, cucuk gelembung udara dengan jarum. Dengan serta merta gelembung udara itu akan berkurangan dan tiada gelembung udara lagi. Ruangan lantai akan tampil lebih kemas dan cantik. Dapatkan lebih visual mengenai tips mengenai pemasangan & keistimewaan tikar getah di youtube kami.

Material 100% fresh PVC

Tikar getah Aqsa bermeterialkan 100% fresh PVC dan membuatkan daya tahan dan daya lasak tikar getah ini lebih baik berbanding dengan tikar getah jenama lain. 100% Fresh PVC bermaksud polyvinyl chloride yang tidak pernah digunakan dalam pembuatan perabot, mainan atau lain-lain dan tiada campuran bahagian kimia yang berbahaya untuk alam sekitar atau manusia. Dengan material ini, keanjalan dan prestasi tikar getah lebih unggul. Tikar getah Aqsa di process atau di hasilkan dari kilang yang sama menghasilkan vinyl flooring Al Aqsa Capets. Malah tikar getah adalah lapisan atas atau UV layer untuk vinyl flooring.

 

Penjimatan berganda dengan pelbagai promosi

Tikar getah dari Al Aqsa Carpets juga terkenal dengan promosi berpanjangan kerana kami sahaja yang berani menjalankan promosi beli 3 percuma 1 untuk tikar getah, bagi kod TG99 dan TG119. Dengan promosi ini dan pos percuma ke seluruh semenanjung Malaysia, anda akan dapat penjimatan berganda untuk setiap pembelian yang anda lakukan dengan kami. Pembungkusan dan penghantaran yang kemas, teliti dan selamat menjanjikan anda tikar getah akan diterima akan datang dengan tiada kerosakan walau di mana juga anda berada. Jika ada kerosakan semasa anda menerima tikar getah ini, anda boleh terus beritahu kami dan kami akan berikan diskaun atau kami akan gantikan dengan yang baharu kepada anda mengikut terma dan syarat.

1